Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Laman Web Cawangan PAS Fasa 3 Sek.12 Selatan, Bandar Puncak Alam (PPM/SEL 26/52-8365)  
 
  Sejarah Penubuhan 08/25/2016 12:53am (UTC)
   
 

   LOGO RASMI                               BENDERA RASMI

ein Bild                   ein Bild

SEJARAH PENUBUHAN CAWANGAN PAS FASA 3 SEKSYEN 12 SELATAN
BANDAR PUNCAK ALAM


ein Bild    

Idea penubuhan cawangan PAS Fasa 3 Seksyen 12 Selatan, Bandar Puncak Alam telah dikemukakan lebih setahun yang lalu, tetapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ianya hanya dapat direalisasikan pada 06hb.Mei.2007 bersamaan dengan 18 Rabiulakhir 1428H bertempat di rumah No.2, Lorong Cakera Purnama 12/6, Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Sebelum itu, pada 03hb.Mei.2007, jam 9.30 malam bertempat di alamat yang sama seperti di atas, satu perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan tentang penubuhan Cawangan Penaja PAS yang dihadiri seramai 13 orang ahli. Mesyuarat diketuai oleh saudara Zulkifli Hashim dan dibantu oleh saudara Mohd Aris Hj Abu Hussain. Hasil dari perbincangan itu, satu aktiviti gotong-royong telah diadakan pada jam 8.30 pagi, 06hb.Mei.2007 bagi membersihkan rumah yang bakal dijadikan Pusat Komuniti PAS. Seramai lebih kurang 15 orang ahli telah menyertai aktiviti ini. Alhamdulillah, dangan berkat usaha semua ahli, Cawangan Penaja PAS Fasa 3  Seksyen 12 Selatan, Bandar Puncak Alam telah ditubuhkan secara rasminya pada hari Ahad, 06hb.Mei.2007, bersamaan dengan 18 Rabiulakhir 1428H dengan kekuatan seramai 40 orang ahli.

Perasmian penubuhan cawangan telah dijayakan oleh YDP PAS Kuala Selangor iaitu Tuan Hj. Muhd Rasyid Muhd Kassim dan turut dihadiri oleh Timb. Setiausaha PAS kawasan, Ketua Cawangan PAS SA2, Saudara Rosyam dan AJK Cawangan SA2, Tuan Hj. Zainuddin.

Dengan berkat usaha ahli-ahli, Cawangan PAS Fasa 3 Seksyen 12 Selatan, Bandar Puncak Alam telah diluluskan pendaftarannya oleh ROC pada 17hb.Februari.2008. Takbirrrrr..........

DASAR PERJUANGAN

Dasar perjuangan kami ialah:-

1. Memperjuangkan wujudnya  di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT.

2. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

15 SEBAB KENAPA MEMILIH PAS

1. Islam sebagai dasar perjuangan.

2. PAS dipelopori oleh gerakan Ulama'.

3. PAS mementingkan dakwah dan tarbiah.

4. PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan.

5. Kepimpinan yang menggabungkan Ulama', Profesional dan Aktivis.

6. PAS memperjuangkan perpaduan.

7. PAS sesuai dalam masyarakat majmuk.

8. PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9. PAS memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

10. Memimpin PAS satu tanggungjawab.

11. PAS mementingkan kebajikan.

12. Keahlian PAS tidak diwarnai dengan batas kaum dan keturunan semata-mata.

13. PAS mengambil berat kepada pembentukan akhlak.

14. PAS mendidik rakyat.

15. Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

 
  MENU UTAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Copyright 2007 http://www.pas-s12pa.page.tl/
  Waktu
  Advertisement
  Jadual Aktiviti
05hb.April.2008

Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan bertempat di Markaz baru LCP 12/11 jam 10.00 malam dan dipengerusikan oleh YDP PAS Kuala Selangor, Hj. Mohd Rasyid.
  Berita Terkini
Alhamdulillah, Cawangan PAS Fasa 3 Seksyen 12 Selatan, Bandar Puncak Alam telah diluluskan pendaftarannya oleh ROC pada 17hb.Februari.2008.
  Ruangan Iklan Ahli
Iwani HALAL Frozen Food boleh didapati dari Stokis Puncak Alam, En. Aris (0192645447) dengan harga RM 11 untuk 3 peket atau RM 3.70 untuk sepeket.

"MENCARI YANG HALAL ITU ADALAH FARDU BAGI SETIAP UMAT ISLAM".

SUPPORT LAH SIKIT AHLI PAS PUNYA BISNES............
  Tazkirah
SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN

Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:
Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.
Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"
2 visitors (2 hits)
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=